Jika anda gemar untuk menjamu makanan yang pedas, baik ketika berbuka mahupun semasa bersahur, anda mungkin boleh mula kurangkan tabiat itu.
Ini adalah kerana, tabiat memakan makanan pedas ketika bersahur atau berbuka boleh menggangu proses pencernaan seseorang dan akan mengakibatkan beberapa masalah lain terjadi.
.
Menurut seorang ahli nutrisi, tabiat makan makanan pedas ketika sahur mahupun berbuka di bulan puasa ini boleh menyebabkan:
.
1. Cepat berasa haus. Hal ini kerana rasa pedas pada lidah akan mendorong seseorang untuk minum lebih banyak air dan meningkatkan suhu badan. Ini akan menyebabkan anda cepat berpeluh serta membuang air kecil lebih kerap, lalu menyebabkan air dalam badan anda akan berkurangan dan rasa cepat haus.
2. Makan pedas juga menyebabkan sakit perut dan rasa panas dalam perut. Bagi yang mempunyai masalah pencernaan, ia akan bertambah sakit dan menyebabkan seseorang itu menjadi lemah.
.
3. Tabiat makan makanan pedas juga mendorong masalah gastrik untuk berlaku. Kandungan capsaicin boleh menyebabkan kerengsaan pada dinding perut lebih lagi jika perut kosong dan anda makan makanan yang pedas. Dinding perut boleh menipis akibat dari asid perut yang menyebabkan keradangan dan jika dibiar ianya boleh luka.
4. Makan makanan pedas ketika bersahur dan berbuka juga boleh menyebabkan seseorang itu akan kerap membuang air besar. Ini adalah kerana kandungan dari cili (capsaicin) dapat mengiritasi usus kecil lalu membuatkan perut berasa memulas. Capsaicin ini juga dapat mengaktifkan reseptor pada tubuh menyebabkan makanan bergerak ke usus besar dengan lebih cepat. Akibatnya anda akan kerap membuang air besar lalu tubuh akan hilang cecair dengan cepat dan menyebabkan badan menjadi terhidrat.
.
Justeru, anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan tahu apa yang terkandung dalam makanan anda. Sentiasa sihat di bulan Ramadan ini supaya kita dapat beribadah dengan tenang dan tiada gangguan.
.
Sumber: [1]