Subvarian Baru Omicron, BA.5 Mampu Jangkiti Semula Bekas Pesakit Setiap Bulan

Pakar Kesihatan di seluruh dunia mendapati bahawa subvarian baru Omicron, BA.5, berupaya menjangkiti semula individu yang telah pun dijangkiti virus tersebut dalam tempoh masa yang cepat.

subvarian baru omicron, ba.5 mampu jangkiti semula bekas pesakit setiap bulan

Namun, mereka yang telah divaksin sebelum ini dianggap mempunyai risiko yang lebih rendah untuk dijangkiti COVID-19, sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan selepas jangkitan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Kesihatan Australia Barat, Andrew Robertson, beliau melihat orang ramai dijangkiti semula COVID-19 hanya dalam beberapa minggu.

“Apa yang kita lihat adalah peningkatan bilangan individu yang telah dijangkiti BA.2 dan kemudian dijangkiti (lagi) selepas empat minggu,” katanya.

Kerana itu, beliau menjelaskan mereka yang dijangkiti untuk kali kedua dalam tempoh kira-kira enam hingga lapan minggu, besar kemungkinan adalah jangkitan daripada BA.4 dan BA.5.

Sementara itu, ahli epidemiologi di Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg, Dr. David Dowdy berkata jangkitan semula yang disebabkan BA.5 dan BA.4 kebiasaannya kurang teruk berbanding dengan jangkitan awal COVID-19.

Memandangkan virus itu telah berkembang untuk mempunyai sedikit daya tahan badan terhadap antibodi, sistem imun sedang belajar untuk bertindak balas terhadapnya tanpa membuat badan menjadi kacau, jelasnya.

BA.5 dan BA.4 diketahui mempunyai mutasi yang membolehkan mereka mengelak perlindungan daripada virus yang diperoleh daripada vaksin COVID-19 atau jangkitan terdahulu.

Walaupun sistem imun masih mengeluarkan antibodi untuk meneutralkan jangkitan, perlindungan tersebut berkurangan dari masa ke masa.

“Apa-apa sahaja yang boleh mengatasi tindak balas imun itu sedikit lebih cepat mempunyai kelebihan apabila ramai penduduk kebal,” kata Dowdy.

Kajian terbaru dari Universiti Colombia mendapati bahawa subvarian BA.4 dan BA.5 baru-baru ini sekurang-kurangnya adalah empat kali lebih kebal terhadap perlindungan menangkis virus berbanding dengan varian sebelumnya dalam keturunan Omicron.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN