Drama fenomena Korea, Squid Game terus melakar sejarah di peringkat antarabangsa.
27 Januari lalu, Anugerah Producers Guild of America (PGA) mengumumkan pencalonannya untuk 2022 yang mana Squid Game menjadi satu-satunya program televisyen bukan Bahasa Inggeris pertama yang tersenarai.
“Squid Game” telah dicalonkan untuk Drama Episodik Terbaik seiring dengan “The Handmaid’s Tale”, “The Morning Show”, “Succession” dan “Yellowstone”.
Terdahulu, Squid Game mencipta sejarah apabila mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 1.65 bilion jam hanya dalam tempoh 28 hari selepas ia mula ditayangkan!
Baru-baru ini, Squid Game juga menjadi siri televisyen bukan Bahasa Inggeris pertama yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Screen Actors Guild (SAG).
Sumber: [1]