Sindrom Kematian Bayi Mengejut, Ini Punca Yang Perlu Anda Tahu

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati selepas seorang bayi berusia tiga bulan dilapor tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan kanak-kanak sebelum disahkan meninggal dunia.

Punca kematian masih lagi dalam siasatan dan laporan awal mengaitkan kematian itu dengan SIDS akibat daripada tersedak susu.

 

Sindrom kematian bayi mengejut atau sudden infant death syndrome (SIDS) adalah satu kondisi kematian bayi yang tidak diketahui puncanya ketika bayi berusia kurang dari setahun.

sindrom kematian bayi mengejut, ini punca yang perlu anda tahu

Memetik laporan dari Hello Doktor, terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan SIDS iaitu:

 

1. Faktor fizikal seperti kondisi otak yang tidak normal yang menyebabkan bayi itu gagal mengawal pernafasan ketika sedang tidur.

2. Kelahiran bayi pramatang yang mana berat badannya kurang, menyebabkan bayi gagal mengawal pernafasan dan degupan jantung.

3. Jangkitan pernafasan seperti selesema.

4. Faktor sekeliling seperti tidur meniarap atau mengiring, tidur pada permukaan lembut yang menyebabkan muka bayi tertelungkup atau tidur bersama ibu dan bapa yang menyebabkan risiko pernafasan mereka dihalang oleh objek seperti bantal atau kain.

sindrom kematian bayi mengejut, ini punca yang perlu anda tahu

Sebab-sebab lain seperti jantina, usia, sejarah keluarga, perokok pasif mahupun bangsa juga boleh dikaitkan dengan risiko mengalami SIDS.

 

Bagi mengurangkan risiko terkena SIDS, berikut adalah antara tips yang boleh anda ikut:

1. Tetapkan posisi tidur secara terlentang.

2. Jangan simpan selimut atau mainan dalam katil bayi.

3. Jangan berkongsi katil yang sama dengan bayi semasa tidur, tetapi amat digalakkan untuk berkongsi bilik sebagai langkah berjaga-jaga.

4. Jangan biarkan bayi tidur atas tilam, sofa, katil air, bantal, selimut tebal tanpa pengawasan ibu dan bapa / penjaga.

5. Elakkan persekitaran yang terlalu panas kerana cuaca hangat boleh meningkatkan risiko bayi terkena SIDS.

6. Lebihkan masa tummy time dan masa berpelukan antara ibubapa dan bayi.

7. Kurangkan masa bayi dalam baby carrier atau tempat kerusi bayi (car seat).

sindrom kematian bayi mengejut, ini punca yang perlu anda tahu

Segera dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor jika ada sebarang kebimbangan berkenaan kesihatan bayi anda.

 

Sumber: Hello Doktor / Public Health Malaysia