Lagu Dicipta Bakal Dinyanyi Dato' Jamal Abdillah, Ini Pemenang Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR

Stesen radio SINAR akhirnya telah mengumumkan pemenang-pemenang pertandingan Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR, iaitu pencarian bakat-bakat baharu dalam mencipta lagu dan lirik yang dianjurkan dari 19 hingga 29 Ogos melalui Facebook dan Instagram SINAR. 

lagu dicipta bakal dinyanyi dato' jamal abdillah, ini pemenang projek lagu dato’ jamal di sinar

Setelah berjaya menjalani sesi penjurian dan pernilaian lagu, Saiful Azmi bin Giman dinobatkan sebagai juara dalam Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3000 dan lagu bertajuk ‘Suri’ yang diciptanya akan direkod serta dinyanyikan oleh Dato’ Jamal Abdillah. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Empat finalis-finalis lain: Mohd Haznie bin Awang Kassim (Lagu: Dahlia), Mohd Khairul bin Zainal Abidin (Lagu: Nafas Terakhir), Azmi bin Hamzah (Lagu: Puisiku) dan Muhamad Taufik Bin Ab Rahman (Lagu: Keinsafan Dihati) menerima hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM250 dan Popsical Remix, alat muzik untuk setiap seorang.

 

Peminat SINAR boleh menikmati lagu-lagu yang dicipta oleh finalis-finalis Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR menerusi laman Facebook dan Instagram SINAR sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari sinar.my atau ikuti SINAR di platform media sosial