Diserang Strok Haba, Shah Rukh Khan Dikejar Ke Hospital

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital di Ahmedabad akibat dehidrasi dan strok haba akibat cuaca panas. 

Menurut laporan, Shah Rukh Khan pada ketika itu sedang menyaksikan perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL), di Stadium Narendra Modi pada Selasa lalu namun keadaan kesihatannya semakin memburuk sebelum dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya.

Namun menurut Penguasa Polis Ahmedabad (Luar Bandar), Shah Rukh Khan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas kesihatannya semakin baik dan dinasihatkan untuk berehat secukupnya. 

“Dia dimasukkan ke Hospital KD selepas mengalami strok haba,” katanya.

Dalam pada itu, Gauri khan juga dilihat bergegas ke Ahmedabad selepas menerima berita tersebut. 

Ahmedabad dilaporkan adalah kawasan di India yang mencatatkan suhu panas sehingga 45 darjah selsius. 

Sumber: Kosmo