Ketika kebanyakkan sekolah membuat sesi orientasi dan suaikenal bersama pelajar sekelas dan guru-guru, sebuah sekolah ini mencipta kelainan mereka tersendiri.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @cklinazali, Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban di Perak telah membuat sesi suaikenal bersama ‘makcik kantin’ sekolah mereka.
Dalam video tersebut, kelihatan kesemua staf kantin memegang nama masing-masing sambil berjalan atas pentas.
“Minggu ini ‘ice-breaking’ dengan mak cik kantin. Murid pun perlu kenal takut tertukar dengan cikgu. Maklumlah semuanya cantik-cantik belaka,” tulisnya dalam kapsyen video itu.
Video yang tular di Tiktok mendapat perhatian ramai dengan rata-rata memuji usaha pihak sekolah tanpa mengabaikan mana-mana individu dalam sekolah.
Sumber: Tiktok