Letupan di Lubnan menarik perhatian dunia. Seluruh dunia menzahirkan rasa simpati kepada Lubnan.
Satu video yang terakam tanpa sengaja ketika live interview telah tersebar dan tular di Twitter. Video tersebut merupakan interview di antara wartawan BBC, Maryem Taoumi bersama seorang pengurus projek Agensi Tenaga Lestari Maghribi, Faisal Al-Aseel.
Dalam video tersebut menyaksikan Maryem cuba melindungi dirinya dengan berada di bawah meja dan segera mematikan rakaman dalam keadaan cemas.
Bukan itu sahaja, jelas kelihatan akan serpihan kaca yang berterbangan dan bersepahan akibat letupan tersebut.
Sama-sama lah kita doakan yang terbaik buat Lubnan dan seluruh dunia.
Sumber: BBC Arabic