2 Tahun Makan Ubat Bipolar, Doktor Sahkan Selena Gomez Bakal Susah Untuk Hamil

Penyanyi dan pelakon terkenal Selena Gomez berkongsi dia disahkan bakal berdepan risiko susah untuk hamil kesan daripada pengambilan ubat Bipolar. 

2 tahun makan ubat bipolar, doktor sahkan selena gomez bakal susah untuk hamil

Menerusi wawancara bersama Rolling Stone, Selena yang kini baru sahaja memasuki usia 30 tahun itu berkata, dia sudah pun mengambil ubat tersebut selama dua tahun dan katanya doktor memberi amaran bahawa dia bakal berdepan kesukaran untuk hamil.

“Saya telah mengambil ubat bipolar kerana mengalami gangguan mental sejak 2020 dan sehingga kini saya masih lagi bergantung dengan ubat tersebut. Doktor ada memberi tahu saya yang saya berkemungkinan besar akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil,” katanya.

Walau bagaimanapun, Selena Gomez tetap tidak patah semangat dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan zuriatnya sendiri. 

“Saya tidak akan patah semangat. Dunia semakin moden. Mesti akan ada cara lain untuk saya memiliki zuriat nanti,” katanya.

Sumber: Kosmo