Sejarah Ringkas Di Sebalik Hari Malaysia

sejarah ringkas di sebalik hari malaysia

Tanggal 16 September merupakan antara tarikh bersejarah buat kita semua. Korang tahu tak kenapa tarikh ini sangat bersejarah? Jangan samakan Hari Merdeka dengan Hari Malaysia tau. Lain tu!

Kalau tak tau jom kami nak kongsikan sejarah di sebalik Hari Malaysia.

Hari Malaysia ni secara santainya boleh kita gelarkan sebagai hari penyatuan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penyatuan ni sebenarnya bermula apabila Perdana Menteri yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyuarakan tentang ini pada 27 Mei 1961.

Selama tiga tahun pelbagai perkara dan perjanjian telah termeterai sehinggalah tiba tarikh keramat pada 16 September 1963. Pada tarikh tersebut, secara rasminya Tunku Abdul Rahman telah menisytiharkan penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka.

Dalam majlis serba gemilang itu, Tunku Abdul Rahman telah melaungkan ‘Merdeka seanyak tujuh kali diselang seli laungan orang ramai yang hadir. Kemudian, majlis tersebut berakhir dengan upacara bacaan doa selamat yang diketuai oleh Mufti Negeri Sembilan Ahmad Mohammad Said.

Penting tau sebagai rakyat Malaysia untuk mengetahui sejarah Hari Malaysia ni. Apabila kita tahu sejarah barulah rasa patriotik dan berbangga menjadi anak Malaysia.

Sumber: Utusan Borneo Online