Segelintir Penduduk Thailand Dilaporkan Mengalami 'Long COVID'

Hasil tinjauan Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand (DMS) mendapati sekitar 10 hingga 20 peratus rakyat di negara tersebut yang telah pulih daripada COVID-19 mengalami sindrom ‘Long COVID’.

segelintir penduduk thailand dilaporkan mengalami 'long covid'

Menurut Pengarah Bahagian Berita Jabatan Penerangan Kementerian Luar Pensom Lertsithichai, gejala ‘long COVID’ termasuk kelesuan, sakit otot dan kepala serta kemurungan susulan tindak balas tubuh atau kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diberikan ketika menjalani rawatan.

Lanjutnya, faktor-faktor lain yang berpotensi menyumbang kepada terjadinya ‘Long COVID’ termasuklah usia, obesiti dan penggunaan steroid harian.

“Statistik menunjukkan pesakit masih menunjukkan gejala sehingga enam bulan ke setahun, tempoh untuk pulih mungkin berbeza bagi setiap individu.

“Gejalanya dapat diatasi dengan vaksin. Individu yang telah mendapat vaksin COVID-19 kurang berisiko mendapat ‘Long COVID’. Oleh itu, setiap orang harus segera dapat vaksin,” katanya.

Jelas Ketua Perubatan Institut Pulmonari DMS Thailand, Dr Piamlap Sangsayan, sekitar 40 hingga 50 peratus pesakit COVID-19 di negara lain mengalami ‘Long COVID’.

“Kadar yang rendah dalam kalangan warga Thailand mungkin disebabkan mereka yang mengalami gejala tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan selepas mereka pulih sepenuhnya,” katanya.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, Thailand merekodkan sebanyak 13,798 kes baru COVID-19, melonjakkan jumlah keseluruhan kes yang pernah dicatatkan negara tersebut menjadi 1,420,340 sejak pandemik mula melanda.

 

Sumber: [1]