Secret Recipe Kini Berjaya Miliki 350 Cawangan Di Malaysia

Secret Recipe telah berjaya beroperasi buat kali pertamanya pada tahun 1997, kedai ini juga berjaya memikat hati dan selera penggemar makanan dari semua lapisan masyarakat. 

Malah, selama lebih 25 tahun, jenama ini telah berkembang menjadi salah satu rangkaian kedai kek dan kafe yang paling pesat berkembang dengan cawangan yang telah dibuka Malaysia di Singapura, Thailand, Brunei, Maldives dan Bangladesh.

secret recipe kini berjaya miliki 350 cawangan di malaysia

Yang menraiknya Secret Recipe terus pesat berkembang! Baru-baru ini, Secret Recipe memulakan tahun 2023 dengan meraikan pembukaan cawangannya yang ke-350 di 1 Utama selain mempunyai rancangan untuk meningkatkan jumlah ini kepada lebih 400 menjelang akhir 2025.

“Di Secret Recipe, kami menyedari bahawa operasi kami berpotensi untuk meninggalkan kesan yang ketara dalam komuniti. Oleh itu, kami melihatnya sebagai tanggungjawab kami untuk menjadikan impak ini positif. 

“Sehubungan itu, saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa Secret Recipe telah berjaya menempa legasi yang berterusan sehingga hari ini,” kata Patrick Sim, Pengarah Urusan Secret Recipe.

Dengan konsep kontemporari dan moden, cawangan Secret Recipe yang baru ini pasti menjadi destinasi pilihan pelanggan yang mahukan suasana yang selesa untuk menikmati makanan yang enak dan masa berkualiti bersama rakan, keluarga dan rakan sekerja.

Untuk memperingati pembukaan cawangannya yang ke-350, sehingga 6 Februari 2023, semua pelanggan di outlet Secret Recipe di 1 Utama akan menerima diskaun 35% untuk pembelian RM60 dan ke atas (tidak termasuk kek penuh atau sempena promosi yang sedang berlangsung).