Kucing merupakan haiwan yang suka bermain, tidur sepanjang hari dan juga makan.
Buat anda yang membela kucing dirumah, pasti anda pernah berhadapan dengan keadaan dimana kucing anda akan berlari, melompat dan bermain walaupun secara bersendirian.
Rupanya tingkah laku suka diajak bermain ini disebut sebagai zoomies atau frenetic random activity period (FRAP).
FRAP adalah keadaan dimana kucing ingin mengeluarkan tenaga yang lama tersimpan lalu mereka akan melompat-lompat, bergerak lincah atau terlebih aktif. Dengan melakukan ini juga, mereka akan menghilangkan tekanan.
Untuk merangsang kucing supaya menjadi aktif, pastikan kucing diajak bermain selama 15 minit setiap hari. Ini adalah bagi memastikan kucing menjadi ceria dan sihat.
Selain itu, cara ini juga dapat meletihkan kucing supaya dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam.
Namun jika kucing anda menjadi aktif pada waktu malam, janganlah pula memarahi mereka, sebaliknya biarkan sahaja atau beri makanan untuk mengentikan aktiviti aktif itu.
Berikut adalah cadangan jenis permainan untuk bermain dengan kucing:
* Mainan bertali seperti tali pancing yang mempunyai umpan berbulu.
* Benang atau tali akan mengumpan kucing untuk menangkapnya.
* Boleh gunakan segulung tisu tandas untuk membuatkan kucing leka bermain. Golekkan atas lantai dan si bulus akan mengejarnya.
* Paling mudah, berikan stoking yang tiada pasangannya atau gunakan laser yang dipancarkan di dinding dan lantai. Kucing akan melompat-lompat, memburu, mengejar dan terhibur sehingga kepenatan dengan permainan ini.
Sumber: Utusan