Salah Selamatkan Gelandangan Daripada Diserang Penyangak

salah selamatkan gelandangan daripada diserang penyangak

Bintang bola sepak Liverpool, Mohamed Salah telah menjadi hero apabila beliau telah menyelamatkan seorang gelandangan daripada diganggu oleh penyangak.

Menurut laporan Mirror, kejadian tersebut berlaku pada 28 September lalu selepas Liverpool berjaya mengalahkan Arsenal 3-1. Kejadian itu berlaku di luar Anfield.

Salah berada di sebuah petrol station berhampiran Anfield dan tiba-tiba beliau melihat sekumpulan penyangak telah menganggu seorang lelaki. Pemain bola itu terus mendekati mereka dan memberi amaran sekiranya tidak berhenti, mereka juga akan berakhir dengan situasi itu.

Selepas memberi amaran dan penyangak tersebut melarikan diri, Salah terus ke mesin ATM dan mengeluarkan sejumlah wang. Beliau memberikan wang tersebut kepada gelandangan itu.

Perghhhh! Hebat lah Mohamed Salah!

Sumber: MIRROR