Sakit Leher Selepas Bangun Tidur? Ini Mungkin Penyebabnya

sakit leher selepas bangun tidur? ini mungkin penyebabnya

Pasti ramai orang pernah mengalami sakit leher selepas bangun daripada tidur kan?

Rasa sakit bahagian leher tu memang cukup menjengkelkan dan boleh menganggu aktiviti harian. Orang tua-tua kata, ianya  adalah disebabkan salah bantal.

Selalaunya kesakitan ini berpunca daripada pergerakkan leher secara mengejut atau berulang kali, otot leher yang lemah dan tak seimbang, bantal tidak sesuai dan posisi tidak betul semasa tidur. Stress juga boleh menjadi punca otot tegang dan meningkatkan lagi rasa sakit.  

Kesakitan pada leher juga akan membuatkan otot anda berasa tegang dan mengeras. Anda juga akan mengalami pergerakkan sendi leher yang terbatas. Juga akan rasa lenguh dan tidak selesa di bahagian belakang.

Untuk menyembuhkan kesakitan ini adalah dengan mendapatkan rehat secukupnya. Bantal digantikan dengan yang lebih berkualiti, sebelum tidur make sure’ posisi betul dan selesa. Jangan lupa untuk lakukan renggangan otot sebelum tidur, ia sangat membantu untuk tidur yang lebih baik.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin