Saintis Kelahiran Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di Oxford

Seorang saintis kelahiran Malaysia, Wong Suet Ling, menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya di Oxford, England pada Selasa.

saintis kelahiran malaysia maut dalam kemalangan di oxford

Wong, 36, dipercayai sedang berbasikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford.

Wong dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berpindah ke London pada 1991 bersama anggota keluarganya.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Oxford dalam jurusan biokimia sebelum memperoleh ijazah doktor falsafah di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti Oxford.

Beliau juga difahamkan sempat menjalankan penyelidikan berkenaan tindak balas imun manusia terhadap COVID-19 dan kanser baru-baru ini.

“Beliau adalah cahaya keluarga kami dan kami sangat sedih kehilangannya pada usia begitu muda di saat dia mempunyai begitu banyak impian untuk dirinya dan anak-anak,” kata suami Wong kepada BBC.

“Saya rasa kehilangan tanpa kehadirannya tetapi dia akan terus hidup melalui cinta yang dia berikan kepada kami dan kepada ramai yang lain.”

Wong meninggalkan suami dan dua cahaya mata berusia tiga dan lima tahun.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN