Saintis Hantar Sel Otot Manusia Terbang Ke Angkasa Lepas

Beberapa sel kecil otot manusia dilaporkan akan dihantar ke angkasa lepas tidak lama lagi.

 

Ia berikutan satu kajian dan eksperimen yang dikatakan dapat membantu manusia untuk hidup lebih lama dan lebih sihat dijalankan dan dikenali sebagai MicroAge.

 

Projek MicroAge yang ditaja oleh Agensi Angkasa Lepas Britain dengan nilai £1.2 juta (RM6.7 juta), akan menyaksikan sebuah kapsul dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Florida, Amerika Syarikat.

saintis hantar sel otot manusia terbang ke angkasa lepas

Sel otot manusia yang dihasilkan dalam makmal itu mempunyai saiz sebutir beras, akan diletakkan dalam bekas kecil bersaiz pengasah pensil.

saintis hantar sel otot manusia terbang ke angkasa lepas

Ketika sel otot itu berada di angkasa, ia akan dirangsang oleh tenaga elektrik bagi menghasilkan pengecutan dalam tisu otot. Tindak balas daripada itu akan direkodkan.

 

Tujuan eksperimen itu diadakan adalah bagi memahami situasi yang akan berlaku kepada manusia semasa proses penuaan.

 

“Proses penuaan merupakan satu daripada cabaran terhebat bagi abad ke-21.

“Kita akan mempelajari tentang bagaimana otot bertindak balas ke atas graviti mikro dan penuaan daripada data yang dikumpul dalam kajian ini,” kata seorang penyelidik, Profesor Malcolm Jackson dari Universiti Liverpool.

 

Sumber: [1]