Saintis Dakwa Manusia Boleh Hidup Hingga 1,000 Tahun

Saintis dari Universiti Harvard, England mendakwa wujud kemungkinan untuk manusia hidup sehingga 1,000 tahun.

saintis dakwa manusia boleh hidup hingga 1,000 tahun

Menurut kajian, umur manusia boleh dipanjangkan sehingga ribuan tahun, selepas mendapati ujian ke atas tikus menunjukkan proses penuaan boleh diundur semula dalam otak dan organ-organ lain.

 

“Kami mendapati ada gen-gen embrionik yang boleh dimasukkan ke dalam haiwan dewasa bagi menetapkan semula usia tisu-tisunya. Proses itu hanya mengambil masa selama empat ke lapan minggu untuk menampakkan kesan.

“Misalnya, kami menjalankan uji kaji terhadap seekor tikus buta akibat proses penuaan dan neuron yang tidak lagi berfungsi terhadap otak. Neuron itu ditetapkan semula kepada usia lebih muda dan kini, tikus itu boleh melihat kembali.

“Selain itu, usia haiwan itu juga boleh dikembalikan tanpa menghasilkan ketumbuhan atau sel stem di dalam mata,” ujar pakar genetik, Profesor David Sinclair.

 

Kajian yang diterbitkan pada Disember tahun lepas itu turut mendapati jika usia sel saraf diundur, seseorang itu boleh mendapatkan semula memori yang lampau.

 

“Namun begitu, pada akhirnya, semua ingatan mahupun maklumat genetik sekali pun akan merosot perlahan-lahan menerusi proses mutasi.

“Jadi, kehidupan abadi atau hidup selama-lamanya tidak akan mampu dicapai meskipun kita boleh menetapkan semula genetik badan selama beratus kali dan hidup beribu tahun,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN