Saintis Beri Amaran Vaksin COVID-19 Mungkin Tak Akan Ditemui

saintis beri amaran vaksin covid-19 mungkin tak akan ditemui

“Saya tidak meletakkan harapan (vaksin akan ditemui)” begitulah kata William Haseltine seorang saintis terkemuka di Amerika Syarikat.

Beliau merupakan seorang saintis dalam penyelidikan inovatif berkaitan kanser dan HIV/AIDS menyatakan bahawa vaksin COVID-19 mungkin tidak akan ditemui saat virus tersebut sudah pun menjangkiti lebih 5 juta penduduk.

Disebabkan oleh itu, langkah terbaik bagi negara-negara yang telah melonggarkan perintah kawalan atau perintah berkurung adalah mengenakan langkah-langkah pengasingan yang ketat bagi mengekang penyebarannya.

Cara yang dicadangkan itu ternyata berhasil apabila beberapa negara yang mengamalkan perintah tersebut telah berjaya mengurangkan penyebaran biarpun jumlah dunia terus meningkat.

Sehingga hari ini, banyak firma yang bertungkus lumus mencipta vaksin kepada wabak ini. Antaranya, Oxford University, firma di Massachusetts, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.

Banyak pihak kini berusaha untuk membangunkan vaksin, antaranya Oxford University, selain sebuah firma yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat yang memaklumkan peringkat pertama ujian terhadap vaksin yang dihasilkan menunjukkan petanda positif.

Selain itu, Haseltine turut menitipkan pesanan kepada semua manusia di dunia ini,

"Orang ramai juga harus sentiasa memakai topeng, mencuci tangan, membersihkan permukaan dan melakukan penjarakan sosial," kata Haseltine.

Sumber: Astro Awani