Drama bersiri paling popular di Netflix, Squid Game, disahkan akan kembali untuk musim kedua dengan beberapa perubahan besar dalam barisan pelakon mereka.
Menurut laporan, kebanyakkan pelakon pada musim pertama Squid Game juga telah disingkirkan, dengan tumpuan kali ini mungkin lebih kearah ‘The Front Man’.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Ted Sarandos berkata, siri drama Korea Selatan itu akan menjadi francais besar bagi perkhidmatan laman penstriman.
Malah, pada November lalu, pelakon Lee Jung-jae disahkan akan kembali semula memegang watak utama sebagai Seong Gi-hun. Bagaimanapun jalan cerita dan watak untuk musim kedua ini masih menjadi tanda tanya peminat Squid Game seluruh dunia.
Squid Game kini berjaya menjadi drama bersiri paling banyak ditonton di Netflix, menjadi program yang paling banyak ditonton di 94 negara dan menarik lebih daripada 142 juta ahli isi rumah serta mengumpul 1.65 bilion jam tontonan dalam tempoh empat minggu pertama tayangannya, mengatasi pemegang tajuk sebelumnya, Bridgerton, sebagai rancangan paling banyak ditonton platform penstriman.
Sumber: [1], [2]