Safawi Bakal Ke Eropah?

safawi bakal ke eropah?

Ok, berita tergempar ni! JDT umumkan yang mereka ada terima tawaran daripada kelab Portugal, Portimonense yang ingin dapatkan khidmat Safawi Rasid. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi Facebook Johor Southern Tigers.

safawi bakal ke eropah?

Menurut Prest, JDT sedia untuk melepaskan Safawi ke Portugal kerana menganggap ianya keputusan yang tepat untuk mengembangkan karier penyerang itu. Namun, skuad Harimau Selatan enggan dedahkan maklumat lanjut berhubung perpindahan tersebut kerana rundingan masih dijalankan.

safawi bakal ke eropah?Menurut laporan media Portugal, perjanjian tersebut telah dimeterai oleh Portimonense dan JDT hasil hubungan baik antara pemilik kedua-dua kelab berkenaan. Kelab Portugal itu dikatakan memantau perkembangan Safawi sejak 6 bulan lalu dan menyifatkannya sebagai pemain paling berbakat dan salah satu seorang pemain Asia yang menjanjikan masa depan yang cerah.

Portimonense dikatakan tawarkan kontrak setahun kepada Safawi dengan pilihan untuk melanjutkan kontraknya untuk setahun lagi. Kelab itu juga turut dilapor tidak sabar-sabar untuk menyambut Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia tahun lalu itu menyertai pasukan mereka.

safawi bakal ke eropah?Ini merupakan perkembangan baik untuk bola sepak Malaysia jika Safawi berhijrah ke Eropah. Sebelum ini, penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim sertai kelab Belgium, KV Kortrijk.

Rasa-rasanya ada tak pemain tempatan lagi yang miliki potensi untuk dilamar kelab Eropah yang lain?

Oleh : Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN