Rumah Jimin BTS Bernilai RM21 Juta Disita Akibat Kecuaian

Syarikat Big Hit Music menjelaskan mengenai laporan pangsapuri anggota BTS, Jimin yang disita kerana insurans kesihatan premium yang tidak dibayar.

rumah jimin bts bernilai rm21 juta disita akibat kecuaian

Memetik laporan Biz Hankook, pangsapuri Jimin di Nine One Hannam di Seoul, Korea Selatan, telah disita oleh Perkhidmatan Insurans Kesihatan Nasional pada 25 Januari kerana premium insurans kesihatan yang tidak dibayar.

Laporan itu menambah bahawa Jimin telah menerima empat notis bertulis berhubung rampasan tersebut.

Bagaimanapun, notis itu ditarik balik pada 22 April selepas dia membayar sepenuhnya jumlah yang tertunggak itu.

Jimin membeli pangsapuri itu pada harga 5.9 bilion won (RM20,535,421) pada Mei 2021.

Dalam kenyataannya, Big Hit Music menjelaskan bahawa keadaan itu berpunca daripada kesilapan mereka.

“Disebabkan aktiviti Jimin di luar negara bermula pada akhir tahun lepas, tempoh rehatnya yang panjang, dan aktiviti di luar negara selepas itu, dia tidak menyedari perkara seperti premium kesihatannya tertunggak.

“Sebaik sahaja dimaklumkan, dia bayar sepenuhnya, dan semua telah diselesaikan.

“Kami memohon maaf kerana pihak syarikat membuatkan peminat bimbang,” kata kenyataan tersebut.

 

Sumber: [1]