Roti canai merupakan antara menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Terbaharu, hidangan itu telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas.
Menerusi carta yang dikeluarkan itu, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan roti naan yang popular di India, malah Eropah yang terkenal sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Ini bukanlah kali pertama roti canai mendapat pengiktirafan daripada Tasteatlas. Pada Julai lalu, roti canai pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia, sekali lagi berjaya menewaskan roti naan dari India.
Tahun lalu, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu juga.
Sumber: Tasteatlas