Rose BLACKPINK Positif COVID-19, Terpaksa Batalkan Jadual Libatkan Perjalanan Luar Negara

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rose disahkan positif COVID-19 sekaligus menyebabkannya terpaksa membatalkan perjalanan ke luar negara.

rose blackpink positif covid-19, terpaksa batalkan jadual libatkan perjalanan luar negara

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan YG Entertainment hari ini, keputusan tersebut adalah hasil ujian RT-PCR yang dilakukannya sebagai prasyarat sebelum ke luar negara.

Anggota BLACKPINK yang lain bagaimanapun negatif virus tersebut.

“Tiga lagi ahli (Jisoo, Jennie, Lisa) bagaimanapun negatif dan kesemua ahli termasuk Rose tidak mengalami sebarang gejala.

“Kesemua ahli BLACKPINK telah lengkap menerima vaksin COVID-19 dan kami sentiasa mengutamakan kesihatan artis termasuk kakitangan,” kata kenyataan tersebut.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN