Kredit: @luis_molinero/Freepik
Korang pernah dengar tak penyakit yang dipanggil sebagai penyakit tiga serangkai? Kalau tak pernah dengar, sebenarnya korang dah tau pun tentang tiga penyakit ni: kencing manis, darah tinggi, dan kolesterol tinggi. Kenapa dipanggil dengan gelaran tiga serangkai?
Sebab ketiga-tiganya merupakan penyakit utama yang paling banyak dihadapi orang Malaysia, iaitu kira-kira 1.7 juta penduduk di negara kita berisiko ada penyakit ni, menurut laporan Malaysian Gazette. 3.9 juta rakyat Malaysia ada diabetes, 6.4 juta ada darah tinggi dan 8 juta ada kolesterol tinggi. Gila ramai kan? Jangan ingat kalau korang masih muda, korang tak perlu kisah dengan semua ni tau.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), didapati 3.4 juta penduduk di negara ini juga mempunyai sekurang-kurangnya dua faktor risiko utama, iaitu gaya hidup yang tak aktif dan pemakanan yang tak menyihatkan.
Jangan jadi salah seorang daripada 3.4 juta penduduk yang berisiko!
Cuba fikir balik macam mana gaya hidup korang selama ni? Adakah korang aktif? Rajin bergerak (macam bersihkan rumah) atau aktif bersenam? Adakah pemakanan korang seimbang? Korang selalu tak makan makanan yang berminyak atau yang manis-manis?
Setiap orang berisiko menghidap penyakit tiga serangkai ni tau, so kalau korang tak nak jadi salah seorang pesakit tu, korang kenalah start jalani gaya hidup dan pemakanan yang lebih menyihatkan. Tak susah pun sebenarnya! Sama ada nak atau tak nak je.
Selain pemakanan yang sihat dan seimbang, korang juga boleh try ambil suplemen kesihatan seperti Phytax. Phytax ialah suplemen kesihatan untuk penyakit tiga serangkai yang berperanan dalam mengatasi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.
Kredit: Eskayvie
Produk ni mengandungi 100% bahan semulajadi tanpa sebarang dadah mahupun bahan kimia, dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dengan ramuan seperti durian belanda, kulit pain, tomato, teh hijau, biji anggur, astaxanthin, delima, roselle, blueberry, cranberry, acai berry dan manggis; ianya sesuai untuk diambil oleh semua golongan.
Tapi kan, sebelum korang ambil sebarang suplemen kesihatan, termasuklah Phytax, pastikan korang dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kalau doktor kata ok, bolehlah proceed ambil Phytax ni. Sedap tau! Rasa macam jus buah asli gitu!
Kalau nak tau lebih lanjut tentang Phytax atau nak beli produk ni, layari di sini.
Selain tu, jangan lupa Like dan Follow Instagram dan Facebook Eskayvie tau!