Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri.
![pencarum kwsp boleh pindah 2% caruman pada akaun isteri, lihat apa reaksi warganet](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-03-08-at-9-23-54-pm.png)
Insiatif itu diperkenalkan KWSP hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui kemudahan i-Sayang, yang mana setiap bulan suami akan mencarum sebanyak sembilan peratus dengan baki dua peratus lagi dipindahkan kepada akaun isteri.
i-Sayang juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluas jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan. Ia boleh dimohon secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP, atau di mana-mana cawangan seluruh negara.
Menjengah ke media sosial, rata-rata warganet mempunyai pendapat mereka tersendiri berhubung kemudahan i-Sayang yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, semalam.
![pencarum kwsp boleh pindah 2% caruman pada akaun isteri, lihat apa reaksi warganet](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/komen-i-sayang.png)
Sumber: BH / Facebook