Pandemik COVID-19 telah mengubah cara dan gaya hidup kita seharian. Ia termasuklah waktu rehat dan tidur yang mengakibatkan terjadinya koronasomnia.
Koronasomnia adalah gabungan istilah koronavirus dan insomnia yang berkait dengan masalah serta gangguan tidur yang berlaku ketika pandemik COVID-19 ini.
Individu yang mengalami koronasomnia akan mengalami masalah susah tidur pada waktu malam, kerap terjaga pada waktu malam dan terbangun awal pagi serta tidak boleh melelapkan mata semula.
Ia sekaligus menyebabkan stres meningkat dan menjejaskan fokus serta menggangu emosi anda.
Koronasomnia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun golongan berikut adalah lebih berisiko untuk mempunyai masalah koronasomnia iaitu:
- Pesakit COVID-19
- Pekerja di sektor kesihatan dan petugas barisan hadapan
- Mereka yang berhadapan dengan masalah COVID-19 setiap hari
Perubahan rutin harian misalnya menghadkan masa untuk bersosial setakat jam 10 malam atau 12 tengah malam boleh mempengaruhi kitaran tidur manusia. Disebabkan perubahan ini, fungsi biologi tubuh juga berubah dan menyebabkan berlakunya insomnia.
Namun masalah koronasomnia ini boleh dikurangkan dengan kaedah berikut:
- Amalkan tidur malam lebih awal dan bangun pagi pada awal waktu termasuklah pada hujung minggu.
- Tidur pada siang hari pada tempoh yang singkat sahaja.
- Elakkan pengambilan minuman beralkohol dan berkafein sebelum tidur.
- Kerap bersukan dan bersenam
- Elak baca berita buruk mengenai COVID-19
- Lakukan rutin sama seperti sebelum pandemik seperti bangun awal seperti biasa walaupun hanya bekerja dari rumah
Rujuk sebarang masalah berkaitan kesihatan tubuh dan mental anda di hospital jika ia menggangu kehidupan harian anda.
Sumber: [1]