Rakyat Korea Akan Muda Semula? Ehhh!

Presiden Korea Selatan yang baru dipilih bulan lepas cadang nak hapuskan kaedah pengiraan umur secara tradisional. Pada pendapat Yoon Suk-yeol yang dijadualkan mengangkat sumpah jawatan 10 Mei nanti, kaedah kiraan yang dikenali sebagai Umur Rakyat Korea ni menyebabkan kekeliruan. Lagipun menurut beliau, ia mewujudkan kos sosial dan ekonomi yang tak perlu. OK ada logiknya dan KJ boleh faham tujuannya.

rakyat korea akan muda semula? ehhh!

Peminat tegar K-Drama ataupun K-Pop mesti dah biasa dengan benda ni kan termasuklah KJ…hehehe. Tapi ada jugak keliru dah tak faham motifnya…ha sebab tu nak cerita sikit serba pendek ringkat padat apa bendanya tu. Kat Korea, secara automatik semua individu dah siap-siap berumur setahun masa lahir. Lepas tu akan bertambah 1 tahun lagi pada 1 Januari tanpa ambil kira tarikh lahir mereka. Senang kata lebih tua setahun berbanding kiraan umur antarabangsa yang negara lain amalkan.

rakyat korea akan muda semula? ehhh!

Kaedah kira Umur Rakyat Korea ni juga masih diamalkan untuk sejumlah urusan rasmi contohnya kiraan umur bagi khidmat tentera wajib untuk pemuda. 

Kalau nak tahu, kaedah kiraan umur ni sebenarnya bukan diamalkan kat Korea je. Negara Asia yang lain pun pernah contohnya China. Cuma sekarang ni hanya Korealah yang dipercayai masih amalkan. Unik tapi mungkin nanti akan turut tinggal sejarah. 

 

Oleh: KJ

Sumber & foto: Korean Herald, Reuters, Kosmo & internet

ARTIKEL BERKAITAN