Gempar apabila sebuah pesawat penerbangan daripada Taiwan menuju ke Singapura mengalami kebakaran kecil selepas pengecas mudah alih atau lebih dikenali sebagai “power bank” meletup.
Video yang viral di media sosial baru-baru ini menunjukkan pramugari pesawat penerbangan tersebut dalam usaha untuk menenangkan penumpang yang ketika itu sedang panik.
Menurut laporan, insiden kebakaran itu terjadi apabila asap daripada “power bank” milik salah seorang penumpang yang meletup memenuhi ruangan kabin sehingga memaksa kesemua penumpang beserta kru untuk mengosongkan pesawat tersebut.
Oleh kerana insiden ini, dua penumpang mengalami kecederaan ringan manakala yang lain terselamat daripada kebakaran tersebut.
Api berjaya dipadam sebelum marak dan pesawat tersebut juga selamat. Namun juruterbang telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penerbangan tersebut.
Sumber: Dailymail