PM Israel Ugut Pemimpin Negara Arab Tak Masuk Campur Urusan di Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada negara-negara lain khususnya Arab untuk tidak masuk campur urusan yang berlaku ditengah konflik Palestin-Israel.

pm israel ugut pemimpin negara arab tak masuk campur urusan di gaza

Menurut Netanyahu, kepentingan negara Arab akan terus dipelihara jika mereka mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

 

“Kepada pemimpin negara Arab yang bimbang dengan masa depan negara anda, saya hanya mahu katakan sesuatu kepada anda.

“Berdiam diri atau keluar menentang Hamas. Saya yakin ramai pemimpin Arab memahami perkara ini.

“Serangan di Gaza sedang dipertingkatkan dan ia hanya mempunyai satu matlamat iaitu menang. Tiada alternatif selain kemenangan,” katanya dalam ucapan berbahasa Ibrani yang disiarkan secara langsung di televisyen.

 

Pemimpin kejam itu menegaskan lagi operasi ketenteraan yang kini meragut nyawa lebih 11,000 penduduk Gaza, yang kebanyakkannya adalah kanak-kanak, adalah mengikut kepada undang-undang antarabangsa.

 

“Tentera kami sedang melakukan tugas yang baik bagi meminimumkan kematian orang awam,” katanya.

 

Dalam pada itu, Netanyahu turut memberi amaran kepada kumpulan Hizbullah agar tidak melakukan kesilapan bagi mengelak Lubnan mengalami nasib sama seperti Gaza.

pm israel ugut pemimpin negara arab tak masuk campur urusan di gaza

“Saya beri amaran kepada Hizbullah. Jangan tersilap langkah dan masuk campur dalam perang kerana ini akan menjadi kesilapan besar dalam hidup kamu.

“Penglibatan kamu ke dalam perang akan menentukan nasib Lubnan,” kata Netanyahu.

 

Peringatan itu dibuat susulan daripada kenyataan dibuat pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang menegaskan serangannya terhadap Israel adalah tanda sokongan tambahan kepada pejuang Hamas.

 

 

 

Sumber: Sinar Harian