Sebuah planet bersaiz kecil yang mengorbit setiap 600,000 tahun akan berada dekat dengan Bumi buat pertama kalinya pada tahun 2031.
Menurut laporan, planet miniatur dengan tanda nama 2014 UN271 telah pun memasuki sistem suria dalaman.
Batu angkasa itu adalah terlalu besar untuk disifatkan sebagai komet dan terlalu kecil untuk dianggap sebagai planet, menjadikan ia sangat eksentrik.
Objek tersebut kini sudah semakin hampir dengan matahari dan akan berada pada kedudukan yang sama seperti planet Saturn.
Kali terakhir 2014 UN271 berada begitu hampir dengan Bumi adalah 612,190 tahun lalu. Semenjak itu, ia menghabiskan waktu mengorbit Oort Cloud, iaitu bahagian luar sistem solar.
Ia mempunyai saiz seluas 99 hingga 370 kilometer, namun ukurannya mungkin lebih besar berbanding objek yang direkodkan di Oort Cloud.
“Itu meletakkannya pada skala yang sama, jika tidak lebih besar daripada komet besar Sarabat C / 1729 P1 dan hampir pasti ia merupakan objek Oort Cloud terbesar yang pernah ditemui,” kata ahli astronomi, Sam Deen.
Kehadiran planet mini ini juga akan kelihatan terang seperti Pluto ketika berada hampir dengan Bumi sebelum kembali gelap di pinggir luar sistem suria.
Perjalanan pergi dan balik 2014 UN271 adalah 60,000 AU dan satu AU adalah bersamaan jarak Bumi dengan matahari iaitu 93 juta batu.
Sumber: IFL Science