Pil Antidot COVID-19 Ciptaan Pfizers Bakal Dikeluarkan Menjelang Akhir 2021?

Syarikat Pfizer Inc dan Merck & Co Inc mengumumkan bahawa mereka bakal melakukan percubaan terbaru melibatkan eksperimen terhadap antivirus COVID-19 sebagai langkah lebih memudahkan dalam merawat penyakit yang berpotensi membawa maut itu.

pil antidot covid-19 ciptaan pfizers bakal dikeluarkan menjelang akhir 2021?

Menurut Pfizer, percubaan pertengahan hingga peringkat akhir bakal melihat seramai 1,140 orang dewasa, yang pernah dijangkiti COVID-19 serta tidak pernah dimasukkan ke hospital dan mempunyai sebarang penyakit berisiko.

Kesemua mereka akan diberi pil percubaan Pfizer yang dikenali sebagai PF-07321332 dan ritonavir dalam dos yang rendah serta ubat lain yang lazim digunakan bagi merawat jangkitan HIV.

Ubat cetusan Pfizer itu difahamkan berfungsi untuk menyekat aktiviti enzim utama yang diperlukan virus korona untuk membiak.

Cubaan tersebut turut dijalankan pada Julai lalu terhadap golongan dewasa dengan jangkitan COVID-19 yang berisiko tinggi jatuh sakit akibat keadaan kesihatan yang merisaukan seperti diabetes.

Syarikat terbabit juga mengatakan bahawa mereka menjangkakan hasil awal daripada kajian itu pada musim gugur ini.

Sekiranya berjaya, ia berkemungkinan akan mengajukan kebenaran bagi penggunaan kecemasan bermula suku keempat tahun ini.

Turut tidak ketinggalan, syarikat Merck juga berkongsi bahawa percubaan mereka pula melibatkan ubat eksperimen molnupiravir bagi pencegahan COVID-19 dalam kalangan orang dewasa yang berkongsi rumah sama dengan mereka yang didiagnosis dengan jangkitan virus korona simptomatik.

Tambah Merck lagi, mereka telah menjalankan percubaan peringkat akhir rawatan tersebut pada para pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital dan melakukan pemerhatian sekiranya ia berupaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian.

Sekadar perkongsian, molnupiravir merupakan sejenis antivirus yang dirancang untuk memperkenalkan ralat ke dalam RNA virus yang akhirnya menghalangnya daripada membiak.

 

Sumber: [1]