Pfizer Kini Sedang Menguji Pil Rawat COVID-19

Syarikat biofarmaseutikal, Pfizer kini dilaporkan sedang membangunkan pil merawat wabak COVID-19, khas untuk individu yang dijangkiti wabak berkenaan.

pfizer kini sedang menguji pil rawat covid-19

Menurut laporan, pil itu kini sedang menjalani ujian klinikal tahap dua, dan ujian ke atas manusia juga sedang dijalankan bagi mengetahui keberkesanannya.

 

Pil yang diberi nama panggilan PF-07321332 itu diberikan kepada pesakit dewasa yang menunjukkan gejala tapi tidak dibawa ke hospital dengan keadaan kesihatan yang stabil. Untuk ujian ini, seramai 1,000 individu diperlukan untuk ujian rawak membantu bagi menguji keberkesanan pil berkenaan.

pfizer kini sedang menguji pil rawat covid-19

"Ujian rawak yang membabitkan 1,140 peserta akan dijalankan di mana mereka akan diberi PF-07321332/ritonavir atau plasebo secara oral setiap 12 jam selama lima hari," kata Pfizer dalam satu kenyataan.

pfizer kini sedang menguji pil rawat covid-19

Pil berkenaan mempunyai fungsi untuk menghalang aktiviti daripada enzim protease yang diperlukan virus COVID-19 daripada terus mengganda.

 

Ujian bagi menentukan keberkesanan pil berkenaan sudahpun dibuat sejak Julai lalu dan sekiranya berjaya, ia boleh digunakan pesakit yang dijangkiti COVID-19 tanpa perlu dirujuk ke hospital.

 

Sumber: [1], [2]