Cuaca panas yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi sampai kering tekak kalau kurang minum air.
Biasanya, cara untuk mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang melampau adalah dengan minum air masak dengan banyak dan hadkan aktiviti luar. Namun ada sesetengah kes, batuk masih lagi tidak reda, malah mungkin bertambah buruk.
.
Tahukah anda terdapat tiga bahan yang biasa menjadi amalan khasnya mereka yang tinggal di luar bandar, untuk meredakan batuk?
.
1. Asam jawa
Cara tradisional dengan dengan mengunkan asam jawa boleh melegakan tekak yang perit. Campurkan asam jawa yang terlah dibuang biji dengan air suam dan sedikit gula kalau perlu.
.
2. Jus lemon & madu
Perahkan lemon dan campurkan dengan air suam, tambahkan madu dan kacau sebati. Minum dan nikmat kelegaan tekak.
.
3. Air garam
Ini antara cara yang paling mudah, campurkan air suman dan sedikit garam dan kacau sehingga sebati. Kumur sehingga hujung tekak dan hati hati janagn tertelan plak. Cara ini dapat melegakan tekak yang perit.
.
Bagaimanapun jika anda masih mengalami masalah batuk yang berpanjangan, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berdekatan anda. Jangan biarkan masalah ini berlarutan hingga menjejaskan kehidupan anda,