Pernah tak korang buat experiment tekap cawan yang terbalik ( up side down) yang penuh dengan air pada pinggan atau kertas? Pastu tengok cawan tu lekat tak pada permukaan kertas atau pinggan? Kalau buat dengan cara yang betul, memang menjadi. Konsep ini dipakai di salah satu café di Kuantan, Pahang.
Café ini mengetengahkan menu yang sangat unik iaitu kopi terbalik guys! Dikatakan idea ini datang daripada pengalaman mereka sebelum ini yang travel ke Aceh, Indonesia. Kopi terbalik ini dikenali sebagai kopi Khop!
Bukan saja boleh mengopi disini, korang juga boleh mengeteh dan pelbagai lagi menu yang disediakan. Mesti korang tertanya tanya macam mana nak minum kalau kopi tu terbalik? Caranya mudah je. Just letakkan straw tu di bawah dan hirup minuman korang.
Selain terkenal dengan keunikan kopi terbalik antara yang popular di sini adalah Nasi Geprek Ayam Crispy. Sedapnya terangkat-angkat! Ada juga pilihan minuman boba seperti Salted Cookies Boba yang sememangnya lain daripada boba kat luar sana. Minuman ini menjadi kegilaan orang ramai termasuk la owner kedai itu sendiri.
Paling best untuk si kaki selfie, kalau korang datang waktu petang, kerana kedai ni menggunakan cahaya semula jadi yang ngam sangat dengan konsep astetik kedai ni.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: rileklah