UEFA EURO 2020: Perancis Kecewa, Sepanyol Tampil Luar Biasa

Juara dunia, Perancis terpaksa akur dengan nasib tidak menyebelahi mereka kerana tersingkir pada pusingan 16 terbaik Euro 2020 kepada pasukan Switzerland.

uefa euro 2020: perancis kecewa, sepanyol tampil luar biasa

Sepakan Kylian Mbappe yang berjaya diselamatkan penjaga gol Switzerland, meranapkan impian Perancis untuk mara ke pusingan seterusnya dan menjulang trofi yang pernah dimenangi mereka pada 1984 dan 2000.

Dalam aksi berbeza, Sepanyol nyata menepati ramalan untuk mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Croatia 5-2 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Parken awal pagi tadi.

uefa euro 2020: perancis kecewa, sepanyol tampil luar biasa

Bagaimanapun, Sepanyol terlebih dahulu ketinggalan 0-1 pada minit ke-20 selepas penjaga gol, Unai Simon, gagal menahan hantaran yang dilakukan Pedri, sebelum bola menerjah ke gawang sendiri.

 

Asakan yang dibuat Croatia membuahkan hasil apabila berjaya mengikat Sepanyol pada kedudukan seri 3-3 hingga mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Dua gol berjaya dicetak Sepanyol pada masa tambahan oleh Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal, meletakkan Sepanyol 5-3 di depan, sekaligus selesa mendahului perlawanan.

 

Dua lagi perlawanan bakal berlangsung awal pagi Rabu untuk pusingan kalah mati, sebelum dua pasukan mara ke pusingan suku akhir UEFA Euro 2020, bersama-sama Switzerland vs Sepanyol, Belgium vs Itali dan Czech Republic vs Denmark.

uefa euro 2020: perancis kecewa, sepanyol tampil luar biasa

Inilah cara untuk korang dengar perlawanan terhebat UEFA EURO 2020 secara langsung di SYOK!

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!

Muat turun aplikasi SYOK secara percuma di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.