Peranan Ibu Bapa Kepada Anak-Anak Sepanjang Tempoh PKP

peranan ibu bapa kepada anak-anak sepanjang tempoh pkp

Penularan wabak COVID19 yang berlarutan dan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu memberikan kesan kepada pelbagai aspek termasuklah emosi. Ibu bapa merupakan peranan penting dalam memerhati dan menjaga anak anak sepanjang tempoh PKP.

 Ini antara peranan penting yang perlu ada pada ibu bapa:

  1. Bertenang

 

Ramai yang risau dengan keadaan semasa. Ada yang risau soal makanan, ada yang risau soal kewangan, tak kurang yang risau soal kesihatan. Bagaimanapun, ibu bapa harus bijak mencari maklumat dan menjaga ahli keluarga. Bertenang dan focus kepada perkara yang sedang dilakukan. Satu tips untuk membuang kerisauan atau rasa gelisa, sibukkan dengan rutin harian bersama ana-anak.

 

  1. Perhatikan anak anak

Anak-anak mungkint tidak merasa risau atau mengambil mudah dengan wabak COVID-19 ini. Jadi, beri perhatian kepada mereka supaya mereka tidak merasa bosan untuk terus berada di dalam rumah.

 

  1. Meluangkan masa bersama anak-anak

Untuk mengelakkan anak anak berasa bosan duduk di rumah, pastikan ibu bapa mempunyai jadual untuk mereka sepanjang berada di rumah. Lakukan aktiviti bersama seperti membersihkan rumah dan memasak.

 

  1. Menjadi model ibu bapa yang baik

Memandangkan semua harus berada di rumah sepanjang PKP berlangsung, anak-anak akan sentiasa berada bersama ibu bapa. Tunjukan contoh dan perlakuan yang baik kepada anak-anak kerana mereka lebih cenderung dan akan lakukan apa yang ibu bapa lakukan.

Sumber: astro awani

Oleh: Khalie Azmi