Jepun Cipta Penyaman Udara Mudah Alih Bersaiz Kad Bank, Boleh Guna 24 Jam Sehari

Jepun memang terkenal dengan ciptaan serta inovasi yang canggih dan kadang-kadang pelik.

Terbaru, Jepun telah menghasilkan satu alat penyaman udara mudah alih bersaiz kad bank.

jepun hasilkan penyaman udara mudah alih bersaiz kad bank

Syarikat elektronik Jepun, Sony dilaporkan membiayai projek penghasilan peranti ini.

Peranti yang dinamakan Reon Pocket ini mempunya dua fungsi iaitu menyejukkan badan ketika musim panas dan memanaskan badan ketika musim sejuk.

jepun hasilkan penyaman udara mudah alih bersaiz kad bank

Suhu pada penyaman udara mudah alih ini boleh dilaraskan.

Selain itu, peranti ini dapat menyokong sistem operasi iOS dan Android serta boleh digunakan selama 24 jam dengan tempoh cas dua jam.

jepun hasilkan penyaman udara mudah alih bersaiz kad bank

Bagaimanapun, peranti ini hanya akan dilancarkan di Jepun buat masa ini.

Orang Jepun ni kreatif betulkan?