Penting Minum Kopi Pada Waktu Yang Sesuai

penting minum kopi pada waktu yang sesuai

Tidak dinafikan, penggemar kopi boleh minum sampai 3 ke 4 kali sehari kerana kopi mengandungi kafein yang sangat ‘addictive’. Minum kopi pada waktu yang tepat membuatkan anda rasakan manfaat yang maksima. Kebiasaanya kita minum kopi pada waktu pagi, tetapi satu kajian menyatakan bahawa waktu minum kopi yang sesuai bukan la pada waktu pagi. Jom baca lebih lanjut.

Kafein diperlukan disaat tubuh anda memerlukannya. Ia berkait rapat dengan hormone kortisol yang berperanan pada penggunaan gula dan lemak dalam metabolisma tubuh manusia. Kafein diperlukan ketika kandungan hormone kortisol dalam badan berkurang. Pada pukul 8 hingga 9 pagi adalah waktu dimana kemuncak hormone kortisol pada tubuh badan kita. Selepas itu, adalah waktu yang paling sesuai untuk minum kopi dimana penurunan hormone kortisol menurut.

Kafein tidak meningkatkan produksi hormon kortisol tetapi ia dapat mengantikan peranan hormone ini saat produksinya menurun. Tidak dinafikan kopi dapat memberi semangat kepada otak. Bukan saja sebagai perangsang tetapi kafein juga dapat menghambat reseptor adenosin yang buatkan anda lebih bertenaga.

Kesimpulannya waktu yang paling mustajab untuk minm kopi adalah semasa ‘coffee break’ antara jam 9.30 - 11.30 pagi, 12 – 1 tengahari dan pada jam 5 petang. Kopi bukan sekadar minuman, tetapi ia adalah minuman yang dapat memberi manfaat yang secukupnya jika minum tepat pada waktunya.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rasa.my