Pengarah dan penerbit di sebalik komedi klasik “Ghostbusters”, Ivan Reitman, meninggal dunia dalam tidur pada Sabtu lalu, di usia 75 tahun.
“Keluarga kami bersedih atas kehilangan suami, bapa dan datuk yang mengajar kami untuk sentiasa mencari keajaiban dalam hidup,” kata anak-anak Jason Reitman, Catherine Reitman dan Caroline Reitman dalam satu kenyataan bersama.
“Kami berasa selasa bahawa kerjanya sebagai pembuat filem membawa ketawa dan kegembiraan kepada orang lain yang tidak terkira banyaknya di seluruh dunia. Walaupun kami berkabung secara peribadi, kami berharap mereka yang mengenalinya melalui filemnya akan mengingatinya sentiasa.”
Reitman, menjadi ikon komedi apabila dia mengarahkan “Ghostbusters” asal, pada 1984.
Filem tersebut berjaya memperoleh kutipan hampir AS$300 juta (RM1,256,040,000) di seluruh dunia dan memperoleh dua Oscar.
Anak lelaki Reitman, Jason kemudian mengarahkan spin-off berjudul “Ghostbusters: Afterlife” yang ditayangkan pada November 2021.
Sumber: [1]