Pengakap Perkenal Seragam Baru Lepas 115 Tahun, Netizen Berbeza Pendapat

Baru-baru ini, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mengumumkan bakal memperkenalkan pakaian seragam baharu untuk digunakan lebih 600,000 ahli mulai tahun hadapan, selepas 115 tahun penubuhannya.

pengakap perkenal seragam baru lepas 115 tahun, netizen berbeza pendapat

Pakaian seragam yang dikatakan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu termasuk warnanya diperkenal selepas mengambil tempoh selama setahun sembilan bulan untuk diluluskan di peringkat tertinggi persatuan.

 

“Idea ini timbul kerana kita merujuk kepada pasukan beruniform seperti tentera, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang sudah bertukar pakaian seragam sebanyak tiga kali.

“Tetapi pengakap usia penubuhannya sudah mencecah 115 tahun, sekalipun kita tidak pernah tukar uniform dan kali ini atas persetujuan semua pihak buat pertama kalinya, seluruh ahli menggunakannya Januari tahun depan,” kata Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Zamani Tambichek.

Selain warna dan bentuk pakaian, skaf yang digunakan ketika ini juga akan ditukar warna kerana ia serupa dengan warna skaf yang dipakai pengakap United Kingdom (UK).

 

Untuk pertukaran itu, ahli akan diberi masa setahun untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu.

 

Perubahan ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang dilihat menyokong, dan ramai juga yang dilihat mempertikaikan keputusan yang dibuat itu.

pengakap perkenal seragam baru lepas 115 tahun, netizen berbeza pendapat

Sumber: Kosmo!

Foto: Facebook Pengakap Malaysia