Ada yang tak dapat menahan rindu menusuk kalbu nak cuti-cuti luar negara ke tu?
Sebab bukan apa, ada orang memang suka makan angin naik kapal terbang ni.
Sesetengah tu 2-3 bulan sekali mesti nak bercuti…tapi kan kalau dah memang kaki jalan ada je yang pi holiday sebulan sekali! Hehehe
Ni dah lebih kurang 4 bulan PKP…fuh! Mestilah tak sabar nak jenguk kabin pesawat kan.
Sebab faham rindu ni kena ada ‘ubat’ satu lapangan terbang kat Taiwan cari jalan meredakannya. Acceewwah!
Mereka perkenal penerbangan olok-olok!

Penumpang seronok berswafoto ketika menaiki penerbangan olok-olok ini. *foto: AP
Kiranya semua sama macam proses kita naik pesawat real cuma tak sampai ke destinasi je.
Siap ada daftar masuk, pemeriksaan keselamatan kat Imigresen dan taklimat kru penerbangan.
Penumpang pun dihidangkan snek dan kopi korang! Hehehe
Rasa-rasa kat Malaysia ada yang nak buat macam ni jugak tak?
Yelah tak tahu lagi bila kita semua boleh dapat lampu hijau semula untuk melancong ke luar negara.
Kalaulah ada nanti KJ pun nak try!
Oleh: KJ