Orang ramai di Lembah Klang yang masih belum mendapat janji temu boleh mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih bermula hari ini. Proses tersebut merupakan first-come-first-serve.
Mereka yang berusia 40 tahun ke atas atau golongan komorbid boleh menuju ke PPV yang yang dikhaskan untuk ‘walk-in’ bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos ini.
Sementara itu, mereka yang berusia 18 tahun ke atas pula boleh melakukan sedemikian bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos 2021.
Dalam pada itu, mereka yang bukan warganegara Malaysia turut dibenarkan ‘walk-in’ ke PPV yang ditetapkan bermula 9 Ogos hingga 22 Ogos.
Syarat-syarat yang ditetapkan adalah hanya dengan membawa bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang misalnya alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian dan lain-lain.
Bagi individu komorbid, dikehendaki membawa surat doktor bagi tujuan pengesahan sejarah kesihatan.
Berikut merupakan 9 lokasi bagi mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in dari 2 Ogos hingga 22 Ogos 2021:
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
- Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
- Hotel Wyndham, Klang
- Dewan TAR Sabak Bernam
- Dewan Komuniti Serendah
- Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang
- Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Bagi bukan warganegara Malaysia, mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin masing-masing di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 9 Ogos hingga 22 Ogos 2021.
Sumber: Twitter Rasmi JKJAVMY