Penduduk Lembah Klang Buang Masa Dalam Jem Purata Lebih 500 Jam Setahun!

Tahukah anda, purata seorang penduduk Lembah Klang membazirkan masa dalam kesesakan lalu lintas adalah sebanyak 500 jam setahun?

penduduk lembah klang buang masa dalam jem purata lebih 500 jam setahun!

Jumlah itu sama dengan sekurangnya 44 jam sebulan, dengan nilai kerugian produktiviti sebanyak RM308 sebulan gara-gara terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

 

Perkara itu dikongsikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara, Dr Ismaniza Ismail.

 

Ujarnya, sehingga dua jam masa dihabiskan seorang penumpang akibat terperangkap dalam kesesakan trafik setiap hari. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah mengakibatkan tekanan, sakit belakang dan gangguan emosi serta produktiviti yang menjejaskan persekitaran kerja.

 

Sumber: Sinar Harian