Peminat Harry Potter Korang Kena Try Minuman Ni Di Ipoh

peminat harry potter korang kena try minuman ni di ipoh

Ipoh memang terkenal dengan pelbagai tarikan menarik dari segi makanan dan lokasi yang sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat. Ipoh adalah sebuah bandar yang wajib diterokai dan merupakan tempat yang sesuai kalau nak jalan-jalan di hujung minggu.

Ipoh juga dikatakan the best for food hunting’. Kalau kita travel ke mana-mana mesti nak hunting for food. Ipoh mempunyai banyak tempat makan yang best dan rare yang menyediakan pelbagai makanan sedap dan wajib cuba.

Untuk semua peminat Harry Potter, korang wajib singgah kafe Platform 9 ½ yang sangat menarik kerana berkonsepkan siri filem popular itu. Kafe unik ini terletak di deretan kedai kedai di Lorong Concubine Lane yang merupakan lokasi popular pengunjung jika ke Ipoh.

Reka bentuk dalaman kafe ini sama seperti dalam filem  Harry Potter dan yang lagi menarik korang berpeluang untuk try pakaian dan props yang dipakai watak watak dalam filem itu. Boleh la OOTD!

Kafe ini memang lain dari yang lain terutamanya struktur bangunan lama dan sangat sesuai untuk kaki bergambar. Jangan lupa untuk try Butterbrew, aiskrim Butterscotch dan kopi merupakan menu signature kafe ini. Butterbrew yang diinspirasikan daripada cerita harry Potter. Memang terbaik!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: thevocket