Tahun 2022 menyaksikan selebriti tanah air yang banyak memberi jasa kepada industri telah pergi buat selama-lamanya.
Walau bagaimanapun, karya selebriti ini akan tetap terus terpahat dalam ingatan peminat hiburan.
Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat penyakit kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Januari lalu.
Allahyarhamah meninggal dunia pada 9 Februari akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya yang terletak di Cheras.
Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat kanser usus. Allahyarham yang merupakan anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel pernah membintangi Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak dan banyak lagi.
Allahyarham yang sangat masyhur menerusi lirik Lelaki Teragung dan Di Pintu Syurga itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.
Allahyarham yang popular menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti ini pernah berlakon dalam filem antaranya Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila. Allahyarham Aman Shah pernah mengalami serangan jantung sebelum ini kemudian menerima rawatan di Hospital Melaka pada Oktober 2021.
Allahyarhamah sudah lama menghidap kanser ovari namun dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Bekas peserta program Gegar Vaganza 8 ini dilaporkan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.
-
Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman meninggal dunia pada 23 September di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Allahyarham Bob Lokman pernah menghasilkan lirik lagu Isabella termasuk Taman Rashidah Utama (Wings), Rendang Tak Berbuah (Hattan) juga antara karya yang mendapat sentuhan emas Allahyarham Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.
Pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok dan Dia Yang Ku Jadikan Suami meninggal dunia pada usia 26 tahun dan perkara ini disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Salam takziah buat seluruh ahli-ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah...
Sumber: Awani