Alahai, Pembaca Berita Tertelan Lalat Waktu ‘Live’!

Seorang pembaca berita tidak sengaja tertelan lalat semasa siaran langsung.

alahai, pembaca berita tertelan lalat waktu ‘live’!

Bagaimanapun, pembaca berita wanita yang dikenali sebagai Farah Nasser itu tidak berasa jijik dengan insiden tersebut.

Dia malahan turut berkongsi rakaman tersebut di Twitter miliknya.

“Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang,” ujarnya dalam Twitter.

Perkongsian dalam bentuk video itu memperlihatkan Farah yang sedang menyampaikan berita, tiba-tiba terlihat seolah-olah tercekik sehingga menyebabkan dia terdiam seketika.

Dia bagaimanapun kembali menyambung membaca berita seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Menurut Farah, dia sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan ketika insiden tersebut berlaku.

Rata-ratanya, ramai netizen menyifatkan Farah sebagai seorang yang profesional kerana masih terus membaca berita walaupun selepas insiden tersebut.

“Saya juga tidak sangka hal itu akan berlaku dan bagaimana lalat boleh terlepas masuk ke dalam studio.

“Tetapi, tidak mengapa kerana saya baik-baik sahaja selepas tertelan lalat,” katanya berseloroh.

 

Sumber: Utusan