Pelancong Wajib Download Tiga Aplikasi Ini Bila Masuk Negara Jepun

Jika anda sering ke negara Jepun dan mungkin berkira-kira untuk melancong ke sana selepas wabak COVID-19 reda nanti, anda perlu tahu beberapa perkara yang telah diwajibkan kepada semua pelancong.

pelancong wajib download tiga aplikasi ini bila masuk negara jepun

Bermula minggu ini, polisi baru mula dilaksanakan bagi pelancong yang memasuki Jepun melalui Lapangan Terbang Haneda dan Narita, dua hab udara antarabangsa utama untuk wilayah Tokyo.

pelancong wajib download tiga aplikasi ini bila masuk negara jepun

Kementerian Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kesejahteraan Jepun memberitahu semua pelancong wajib mempunyai telefon pintar dengan tiga aplikasi yang wajib ada iaitu COCOA (aplikasi pengesanan kontak), Skype, dan OSSMA (aplikasi pengesahan lokasi).

pelancong wajib download tiga aplikasi ini bila masuk negara jepun

Gabungan aplikasi ini akan digunakan untuk mengesahkan pematuhan kuarantin 14 hari yang mesti dibuat oleh semua pelancong yang masuk ke Jepun, sebelum dibenarkan bergerak bebas dalam negara berkenaan.

 

Bagi pelancong yang tidak mempunyai telefon pintar, terdapat beberapa perkhidmatan yang menyediakan sewa telefon pintar di lapangan terbang untuk pelancong yang tiba di Jepun.

 

Selain perlu memuat turun tiga aplikasi itu, pelancong juga perlu menandatangani perjanjian untuk patuh kepada semua arahan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sudahpun ditetapkan oleh negara tersebut.

 

Peraturan itu juga dijangka akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh Jepun tidak lama lagi.

 

Sumber: Impress Watch via Hachima Kiko

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN