Elak COVID-19, Pelajar Pergi Sekolah Hanya 2 Jam Seminggu

Bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, sesi persekolahan secara bersemuka di Jakarta hanya dibenar berlangsung selama dua jam seminggu sahaja.

elak covid-19, pelajar pergi sekolah hanya 2 jam seminggu

Menurut laporan, bilangan pelajar dihadkan kepada 16 orang dalam satu kelas, dan dibahagikan kepada dua sesi berbeza iaitu 7 hingga 9 pagi dan 10 hingga 12 tengah hari waktu tempatan.

 

Selain itu, hanya subjek teras seperti Matematik dan Bahasa Indonesia yang akan diajar dalam kelas dan mata pelajaran lain akan diajar secara atas talian.

Tambah pula, hanya sekolah yang terpilih di Jakarta sahaja akan dibenarkan melaksanakan sesi tersebut, selaras dengan keputusan kerajaan mereka untuk membenarkan sesi persekolahan berlangsung semasa pandemik COVID-19.

elak covid-19, pelajar pergi sekolah hanya 2 jam seminggu

“Pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pelajar yang sakit semasa di sekolah.

“Sekiranya ada pelajar yang sakit, mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah, sebaliknya perlu ke hospital atau pusat kesihatan terdekat,” kata Ketua Pendidikan II, Jakarta Tengah, Uripasih dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Kompas.com

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN