Peka Perkembangan Psikologi Anak

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita seorang wanita warga emas maut dan dikerat oleh anaknya sendiri dalam kejadian di Parit Buntar.

 

Motif dipercayai akibat suspek tak puas hati tentang pembahagian harta pusaka.

 

Siasatan polis mendapati, suspek yang berumur 42 tahun pernah dapatkan rawatan pesakit mental 20 tahun lepas tapi tak hadir untuk rawatan susulan.

 

Bercakap mengenai insiden itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat minta ibu bapa supaya tidak sembunyikan perangai pelik anak yang dilihat mempunyai ciri-ciri gangguan mental.

peka perkembangan psikologi anak

Kata Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, mereka yang ada ciri-ciri gangguan psikologi perlu segera dapatkan rawatan.

 

Tahu tak kita boleh kesan ciri-ciri gangguan psikologi ke atas kanak-kanak seawal umur 2 tahun?

 

Menurut Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak, Dr Aishah Rosli, tanda-tanda tersebut berbeza mengikut kategori antaranya terlalu ‘hyper’, agresif, hilang fokus dan sebagainya.

peka perkembangan psikologi anak

Hanya pakar psikologi yang dapat menilai tanda-tanda tersebut dan menentukan rawatan yang bersesuaian untuk pesakit.

 

Dr Aishah juga menasihati individu yang pernah mendapatkan rawatan supaya terus berhubung dengan pakar psikologi mereka untuk rawatan susulan.

 

Ia penting bagi memastikan perkembangan pesakit sentiasa dipantau agar perkara tidak diingini dapat dielakkan.

 

Masyarakat juga katanya perlu lebih terbuka untuk bercakap tentang isu kesihatan mental.

 

Tanggapan sesetengah masyarakat kononnya berjumpa dengan pakar psikologi adalah sesuatu yang memalukan dan perlu disorok mesti diubah.

peka perkembangan psikologi anak

Jika persepsi itu dapat diubah, mereka yang didiagnosis dengan masalah psikologi akan lebih terbuka untuk berkongsi situasi mereka dengan orang ramai tanpa sebarang tekanan.

 

Masyarakat di sekeliling juga lebih mudah untuk memberikan sebarang bantuan jika mereka tahu apa yang sebenarnya dirasai oleh pesakit.

 

Jom kita sama-sama ubah persepsi tersebut agar dapat membantu mereka yang memerlukan.

 

Diharapkan, lebih ramai yang kita boleh bantu, maka berkuranglah kes sebegini dalam masyarakat.

 

Oleh Izzati Amir

ARTIKEL BERKAITAN